top of page

Ahli Parlimen Pandan beri bantuan kepada pesakit, warga emas

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 21, 2021
1 min read


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam melakukan lawatan dan pemberian sumbangan ke beberapa kawasan di Pandan.


Salah satu yang mendapat sumbangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan adalah seorang warga emas Puan Kamsiah yang mengalami sakit tua di Lorong JKL, Kampung Pandan Dalam.


Warga emas itu diberi sumbangan lampin pakai buang dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau.


Dr Wan Azizah juga melawat seorang lagi warga emas pesakit slip disc, Adam Abdul Aziz dan diberi bantuan barangan keperluan harian.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page