top of page

Ahli Parlimen Lembah Pantai tinjau kawasan projek didakwa punca banjir

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 16, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meninjau ke beberapa tapak projek yang diadu penduduk didakwa mungkin menjadi punca banjir kilat di kawasan mereka.


Dalam lawatan itu Fahmi meminta kontraktor membersihkan longkang dan parit daripada sampah sarap atau lumpur yang boleh menyebabkan laluan air terhalang dan mengakibatan banjir.


"Petang tadi, lepas hujan saya lawat beberapa tapak termasuk projek Pico Land, projek Imperoland, tempat pembuangan sampah, serta isu saliran di tanah lot bersebelahan STP1 IWK.


"Pada Mac lalu, waktu berlaku banjir kilat penduduk memaklumkan air banjir melimpah masuk ke dalam rumah mereka.


"Hari ini saya pohon kerjasama kontraktor di tapak binaan untuk pastikan saliran sentiasa dibersihkan dan untuk segera bantu sekiranya berlaku sebarang masalah di kawasan berdekatan," katanya.



Parit yang cetek perlu didalamkan bagi mengelak berlaku banjir kilat

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page