top of page

Ahli Parlimen Lembah Pantai sediakan sarapan pagi calon SPM

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 28, 2023
  • 1 min read


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyediakan sarapan pagi dan meluangkan sedikit masa menyantuni pengetua SMK Bangsar, Puan Ramlah untuk pemberian sarapan pagi kepada semua pelajar SPM, pagi ini.


"Saya sediakan sarapan untuk 91 orang murid selama lima hari sepanjang SPM di SMK Bangsar.


"Sepanjang lima hari melibatkan pelajaran teras, sebanyak 725 orang murid di sekitar sekolah menengah bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai telah menerima manfaat daripada edaran sarapan pagi ini," katanya.


Fahmi turut mendoakan murid-murid sentiasa dilindungi serta dikurniakan ketenangan dan fokus sewaktu menduduki ujian SPM.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page