top of page

Ahli Parlimen Ledang beri sumbangan naik taraf surau sekolah agama



Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menyampaikan sumbangan RM20,000 untuk menaiktaraf surau Sekolah Agama Sungai Edros di Sungai Mati, Ledang.


Menurut Syed Ibrahim, beliau kagum dengan usaha guru besar sekolah agama tersebut yang banyak mengusahakan keselesaan kepada anak murid dan masyarakat sekitar di sekolah berkenaan dengan menyediakan pelbagai insfrastruktur.


"Berpeluang bertemu dengan seorang tokoh masyarakat yang saya kagumi semalam. Semalam berpeluang bertemu dengan Guru Besar Sekolah Agama Sungai Edros, Sungai Mati.


"Hj Muhammad Nor namanya. Banyak jasa beliau pada sekolah agama ini. Banyak perkara yang beliau usahakan untuk kebajikan dan keselesaan anak-anak murid serta ibu-bapa.


"Dari tempat menunggu untuk ambil anak, dewan sekolah yang lebih bermanfaat dan selesa hingga ke infrastruktur berteduh bagi murid yang menunggu dan Pak Guard yang mengawal lalulintas. Semua diusahakan untuk warga tempatan.


"Saya bersyukur Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ledang turut berpeluang berkongsi pahala dengan memperuntukkan RM20,000 bagi menaiktaraf surau sekolah. Insyaallah, demi kebaikan dan kebajikan rakyat," katanya dalam kenyataan di Facebook.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page