Sejak semalam Ahli ahli Parlimen KEADILAN mula membariskan kad laporan tahunan 2021 di media sosial.
Ada yang secara kreatif membuat e-poster atau hanya membariskan beberapa program yang telah dijayakan sepanjang 2021 di laman Facebook masing masing.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dilihat antara yang paling menonjol membariskan gerak kerja 2021.
Bagi Pejabat Parlimen Anwar, tahun 2021 banyak meninggalkan kesan kepada rakyat dan begitu juga Parlimen Port Dickson banyak melakukan gerak kerja bantuan di peringkat kawasan.
"Dengan ini dilampirkan ringkasan pelaksanaan Program dan Aktiviti Parlimen Port Dickson sepanjang tahun 2021 yang dipecahkan kepada tujuh kategori utama iaitu kebajikan, pendidikan, petugas barisan hadapan, perangi Covid-19, Sukarelawan PD, #SokongLokal dan Masjid/Surau
"Sasaran kami bagi tahun 2022 di Pejabat Parlimen Port Dickson adalah untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada warga PD bagi menunaikan amanah yang telah diberikan para pengundi yang memilih YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkhidmat membela nasib mereka," kata kenyataan tersebut.
Manakala Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil pula membariskan beberapa bantuan yang diberikan ke kawasannya sepanjang 2021.
"Saya amat bersyukur sepanjang tahun ini, begitu ramai yang tampil untuk membantu, sama ada dari segi wang ringgit, kepakaran, mahupun sebagai sukarelawan.
"Saya takkan mampu berkhidmat sebaik mungkin tanpa sokongan dan bantuan anda semua," katanya.
Fahmi membariskan program yang dianjurkan di Parlimen Lembah Pantai. Antaranya Projek Keluarga Angkat yang agak tergendala akibat pandemik. Program tersebut mengenalpasti 100 keluarga B40 untuk diangkat keluar dari kemiskinan
Program Jalinan Komuniti, mengusahakan hubungan yang lebih erat dan efektif di antara penduduk, agensi kerajaan, dan Ahli Parlimen. Mengusahakan program yang memberi fokus kepada anak-anak B40 dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, agar mereka tidak tertinggal jauh ke belakang dalam era pandemik dan PdPR
Juga program Kerja Untuk Anak Muda. Pusat Kerja Lembah Pantai telah dilancarkan sejak 2020 namun banyak yang tergendala akibat PKP dan akan diteruskan untuk membantu sekurang-kurangnya 500 anak muda mendapatkan kerja.
Comments