top of page

Ahli Parlimen Hulu Selangor agih makanan, kalendar percuma



Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui (gambar, dua dari kanan) baru-baru ini mengagihkan makanan percuma dan kalendar 2021 kepada masyarakat setempat.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor, sumbangan makanan tersebut ditaja oleh sebuah NGO, The Giving Bank Organization.


"YB Puan June Leow Hsiad Hui merangkap Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor meluangkan masa lewat petang turun padang mengedarkan 600 set pek makanan percuma dan kalendar tahun baru 2021.


"Agihan dijalankan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan dibantu oleh petugas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor serta jentera KEADILAN Cabang Hulu Selangor.


"Sambil mengagihkan makanan dan kalendar percuma, beliau sempat mengingatkan orang ramai untuk terus membudayakan pemakaian topeng muka apabila keluar ke tempat awam.


"Beliau juga berharap daerah Hulu Selangor terus kekal sifar kes baharu Covid-19 agar ekonomi setempat dapat hidup semula," kata kenyataan media Pejabat Parlimen Hulu Selangor.


Turut hadir pada petang itu ialah Ahli Majlis MDHS iaitu Tuan Law Chun Yoong, Tuan Lee Meng Wai, Puan Doris Lim Poh Kuan, Tuan Fuad dan Ketua Komuniti Kaum India iaitu Tuan Rajan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page