top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya hadiri sambutan tahun baharu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 14, 2022
  • 1 min read

ree

Di tengah tengah kesibukan sebagai Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini sempat menunaikan jemputan ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kawasannya.


ree
Datuk Seri Shamsul memberi ucapan muhibah sempena Tahun Baharu Cina

Beliau menghadiri majlis anjuran Dewan Pertubuhan Confucious Melaka.


"Pagi tadi saya sempat menghadiri dan menyantuni masyarakat Cina di Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Dewan Pertubuhan Confucious Melaka.


"Kepelbagaian budaya serta adat resam di Malaysia adalah bukti kekuatan serta keharmonian yang dipegang teguh rakyat Melaka dan Malaysia," katanya

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page