top of page

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya edar bantuan kepada mangsa banjir


Di tengah-tengah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, penduduk di Parlimen Hang Tuah Jaya diuji dengan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar, dua dari kiri) hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam menyebabkan air di beberapa batang sungai melimpah dan menenggelamkan kampung dan taman perumahan.


Katanya, pihak pusat khidmat Hang Tuah Jaya telah memberi bantuan segera berupa makanan tengah hari dan air mineral kepada penduduk yang terperangkap di rumah masing-masing akibat banjir.


DS Shamsul memberi makanan kepda mangsa banjir

"Hujan lebat dari lewat malam tadi menyebabkan banyak kawasan telah dinaiki air.


"Semoga penduduk yang terlibat dengan banjir sabar dengan ujian ini. Pihak Pusat Khidmat Parlimen akan berusaha untuk membantu seboleh mungkin bagi menyelesaikan isu banjir ini," katanya.


Kawasan yang terkesan banjir ialah Ayer Keroh Height, Taman Bukit Melaka, Taman Seri Jati 6, Taman Saujana Seksyen 3, Taman Muzafar Shah, Jalan utama Batu Berendam, Bukit Katil Damai, Sg Putat, Taman Melawis, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Merbok, Kg Tun Razak dan Pengkalan Batu.


Mangsa banjir pula dianggarkan sekitar 400 keluarga.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page