top of page

Ahli Parlimen hadiri perhimpunan disiasat, bila pula giliran Azam Baki?



Kehadiran Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil pagi tadi di IPD Dang Wangi untuk dirakam keterangan berikutan perhimpunan menyerahkan memorandum menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki disiasat pada 20 Januari lalu menimbulkan banyak persoalan sama ada Ahli Parlimen tidak dibenarkan menerima memorandum rakyat dan menyuarakannya di Parlimen.


Bagi Fahmi, tugas sebagai Ahli Parlimen bukan sahaja berbahas di dewan tetapi juga perlu menerima, mendengar dan membawa suara rakyat ke Parlimen.


"Saya dengan Maria (Ahli Parlimen Petaling Jaya), kami telah dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung satu penerimaan memorandum yang dibuat di hadapan Parlimen pada 20 Januari lalu.


"Agak menarik kami difahamkan lebih ramai Ahli Parlimen akan dirakam percakapan mereka termasukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan lain lain akan dipanggil


"Bagaimanapun proses itu beri keterangan tadi berjalan lancar. Cuma harapan kami tugas Ahli Parlimen untuk melakukan semak imbang perjalanan pihak kerajaan dihormati, dan kami diberi peluang secukupnya di dalam dan di luar Parlimen untuk mengangkat suara rakyat yang dianggap penting termasuk termasuk dalam soal pemilikan saham dan waran oleh Azam Baki pada 2015 dan 2016," katanya kepada wartawan selepas sesi siasatan.


Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu berpendapat perlu ada perubahan pemahaman dalam kalangan pihak polis yang perlu membiarkan himpunan kecil menerima memorandum dari orang awam.


Sebaliknya, kata beliau, rakyat ingin tahu bila pula pihak polis akan menyiasat Azam Baki yang telah beberapa laporan polis dibuat ke atasnya mengenai dakwaan salah lakunya.


"Sehingga hari ini rakyat Malaysia tidak tahu sama ada pihak polis akan memanggil Tan Sri Azam, sebab kalau tak silap saya 7 Januari kami telah hadir ke sini untuk buat laporan polis ke aats Azam.


"Bukan sahaja melibatkan siasatan di bawah SICDA tetapi peruntukan dan perintah berhubung penjawat awam dan dana yang diguna untuk membeli saham. Ini satu soalan yang saya rasa ramai nak tahu," katanya lagi.


Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan juga Akta 342, sama ada melanggar SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara telah diikuti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page