top of page

Ahli Parlimen Batu puas hati respons positif Datuk Bandar KL mengenai masalah penduduk



Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran berpuas hati dengan respons positif dalam mesyuarat bersama Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.


Menurut Prabakaran, perjumpaan bulanan itu tertumpu kepada permasalahan perumahan PPR Batu Muda dan PPR Sri Aman.


"Pelbagai masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk PPR di kawasan Parlimen Batu telah diketengahkan oleh saya kepada Datuk Bandar.


"Dalam perjumpaan ini juga saya sempat menghantar satu memorandum kepada Datuk Bandar mengenai isu yang dialami oleh peneroka bandar Kampung Peel yang terjejas dengan projek pembangunan syarikat UDA Holdings Berhad.


"Saya telah membawa isu Kampung Peel atas kapasiti saya sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan," katanya.


Kata Prabakaran lagi, perjumpaan yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu telah memberikan peluang kepada beliau untuk berbincang secara terbuka masalah-masalah rakyat di Kuala Lumpur.


Menurutnya, dengan campurtangan serta bantuan dari pihak Datuk Bandar, beliau mengharapkan masalah yang dibawa akan mendapat perhatian dalam waktu terdekat.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang menghadapi pelbagai kesukaran dari segi komunikasi dengan jabatan kerajaan dan dari segi dana, saya tetap akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan penuh dedikasi.


"Terima kasih kepada Datuk Bandar kerana meluangkan masa mendengar permasalahan penduduk Kuala Lumpur terutamanya penduduk kawasan Parlimen Batu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page