Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail memulakan tahun baharu 2024 dengan program jelajah akar umbi
Jelajah Ketua Cabang Shah Alam itu baru baru ini melibatkan kunjungan ke atas jentera parti di Ranting Sungai Rasau.
"Alhamdulillah dapat bersua muka dengan anggota KEADILAN di sini.
"Saya menyampaikan perkembangan terkini tentang inisiatif kerajaan Pusat dan parti KEADILAN kepada semua yang hadir," kata beliau menerusi perkongsian di Facebooknya.
Justeru, Rodziah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat berharap dapat menyampaikan maklumat dan ikhtiar yang diusahakan Kerajaan Pusat kepada akar umbi lain.
"Semoga semua dapat menyampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir. Terima kasih kepada semua AJK Cabang yang turut hadir," ujarnya.
Untuk rekod, Rodziah memaklumkan tahun lalu bahawa beliau akan menganjurkan program jelajah santuni akar umbi. Jelajah tersebut bagi menguatkan kembali ranting ranting KEADILAN dan mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan atau kekangan mereka peringkat akar umbi.
Comments