top of page

Agong titah PM teruskan tugas, istana tidak terlibat percaturan politik



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan beliau agar meneruskan kerja menguruskan negara.


Perdana Menteri berkata Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.


"Hari ini seperti kelazimannya, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.


"Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar berkata pihaknya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.


Terdahulu sebelum ini laporan menyebut terdapat dakwaan wujud gerakan melibatkan beberapa Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang berusaha menukar kerajaan.


Terdapat juga dakwaan ada pihak sanggup mengeluarkan belanja hingga ratusan juta bagi memastikan usaha menarik sokongan daripada Perdana Menteri dapat dilakukan.


Semalam Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan polis agar siasatan dilakukan terhadap dalang usaha gerakan yang dikenali dengan jolokan 'Langkah Dubai'.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page