top of page

Agong rasmi pembukaan penggal kedua parlimen ke 15



Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 secara rasmi dibuka hari ini. 


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 berkenaan.


Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Laporan Bernama dipetik berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. 


Al-Sultan Abdullah kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama dan seterusnya berangkat semula ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ kali kedua, sebelum lagu Kebangsaan 'Negaraku’ dimainkan.


Selesai istiadat berkenaan, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi ke Bilik Rehat Diraja di bangunan Parlimen sebelum ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja. 


Persidangan Dewan Rakyat 13 Feb hingga 30 Mac ini akan membentangkan semula Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan tahun lalu tetapi belum diluluskan berikutan Pilihan Raya Umum ke 15.


Belanjawan dijadual dibentangan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Feb ini.

 

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page