top of page

Agong perlu rujuk kabinet sebelum bertitah: 'Menteri PN menderhaka lagi' - Farhash


Pendapat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah kebiadaban dan penderhakaan terbaharu menteri kerajaan Perikatan Nasional.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, Zuraida tidak sewajarnya merendah-rendahkan sebegitu rupa kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang diiktiraf dalam Perlembagaan sebagai Ketua Utama Negara.


"Keangkuhan Zuraida Kamaruddin bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah biadap dan tidak jauh daripada satu bentuk penderhakaan.


"Saya membidas kenyataan Zuraida dalam wawancara berbahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi, "Agong seharusnya mendengar apa yang disyorkan oleh kabinet. Sepatutnya ada perbincangan dan libat urus. Tidak harus ada sebarang kenyataan awam yang saya fikir tidak wajar dalam sistem Raja Berperlembagaan."


"(Dengan kenyataan itu) Zuraida sekaligus bertindak memperlekehkan kebijaksanaan Agong di dalam titah berkenaan pembatalan Ordinan Darurat yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan," kata Farhash dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau mahu Zuraida disiasat di atas kenyataan beliau yang memperlecehkan institusi Raja Berperlembagaan tersebut.


"Beliau wajar dilaporkan dan disiasat sekiranya telah melangkaui batas dalam kenyataan itu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page