top of page

Agong benar sidang Parlimen: Anwar tidak derhaka minta darurat disemak ke mahkamah



Penegasan Yang di-Pertuan Agong secara memanggil Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang seperti biasa sewajarnya mematikan propaganda kononnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menderhaka kepada Raja-raja Melayu apabila membawa isu perisytiharan darurat ke mahkamah.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, dengan titah yang di-Pertuan Agong itu semakan kehakiman terhadap proklamasi darurat tidak wajar dipertikaikan lagi kerana tindakan itu hanya menyentuh mengenai urusan nasihat Perdana Menteri kepada Agong dan fungsi Parlimen yang digantung.


"Anwar sebelum ini memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan kepada mahkamah bagi semakan terhadap keputusan kerajaan dalam dalam mengisytiharkan Proklamasi Darurat.


"Kini apa yang dinyatakan beliau adalah benar dan beliau bukan pengkhianat seperti yang didakwa beberapa pihak.


"Pada orang ramai juga keadaan ini tidak masuk akal kenapa Parlimen tidak boleh bersidang? Sedangkan pasar malam boleh dibuka, kereta boleh naik empat orang malah restoran boleh makan beramai-ramai, tetapi bukan Parlimen?


"Dan saya rasa ramai pihak sedar bahawa apa yang dilakukan PM Muhyiddin adalah untuk melindungi dirinya sahaja.


"Dia gunakan alasan Covid-19 untuk meneruskan pentadbirannya dan kabinet-kabinet di bawah kerajaan PN sekarang," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menurut William lagi, titah Diraja minggu lalu itu mengukuhkan hujah bahawa tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tepat dan menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, iaitu setiap cabang pentadbiran negara sama ada eksekutif, kehakiman mahupun legislatif (Parlimen) harus sentiasa akur kepada prinsip itu.


Justeru, William menasihatkan agar jentera propaganda PN tidak lagi membangkitkan isu derhaka atau rakyat akan semakin menolak kerajaan minioriti itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page