top of page

Agenda utama Mesyuarat Agung FGV bayar elaun Ahli Lembaga Pengarah?



Mesyuarat Agung Tahunan Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad Kali ke-14 yang dilangsungkan secara maya hari ini dipertikaikan agendanya oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Hassan mendakwa, daripada 9 agenda mesyuarat agung itu, 5 adalah difokuskan kepada meluluskan usul untuk membayar elaun-elaun kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV.


Hal itu, katanya, seolah olah Ahli ahli Lembaga Pengarah mengkhianati para peneroka Felda kerana isu isu yang lebih utama dalam kalangan peneroka tidak langsung diberi keutamaan.


"Daripada 9 agenda mesyuarat agung hari ini, agenda nombor 2 hinggalah agenda nombor 6 difokuskan kepada meluluskan usul untuk membayar elaun kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV.


"Elaun-elaun yang dibayar kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV amatlah tinggi dan lumayan sekali. Jumlah elaun tahunan itu kelihatan "lucah" jika dibandingkan dengan kehidupan sukar para peneroka Felda.


"Agenda ketujuh dan kelapan mesyuarat agung pagi ini pula ialah melantik semula 6 orang Ahli Lembaga yang sepatutnya telah bersara. Nama mereka diusulkan supaya dilantik semula. Mereka ini akan terus menikmati elaun-elaun yang lumayan dari FGV," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Tegas beliau, Ahli Lembaga Pengarah FGV seharusnya sedar bahawa entiti itu dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh Felda.


Manakala fungsi utama FGV, kata Hassan ialah untuk membantu Felda dan juga Kerajaan dalam menolong peneroka Felda serta generasi kedua dan ketiga dalam mengatasi masalah sosio-ekonomi di tanah rancangan.


"Antara masalah besar mereka (para peneroka) ialah masalah hutang, pendapatan tidak terjamin, pembangunan kebun dan isu tanam semula.


"Pada tahun 2019 Kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan Kertas Putih di Parlimen untuk menyelamatkan peneroka peneroka Felda, Felda dan FGV dari kerugian dan hutang yang besar. Berbilion ringgit telah Kerajaan suntik untuk selamatkan Felda.


"Jadi amatlah malang jika Ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV pada mesyuarat agung, seperti didakwa, hanya membincang, membentang dan meluluskan elaun-elaun mereka sendiri," katanya lagi.


Justeru, Hassan menggesa Perdana Menteri Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh agar campurtangan dalam hal berkenaan dengan tidak membenarkan Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaut faedah berlebihan buat diri mereka.


Katanya, peneroka Felda dan anak-anak mereka perlukan pembelaan. Tidak wajar sekali lagi Felda mengalami masalah kewangan sepertimana sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page