top of page

Agenda pendidikan diperkukuh menerusi inisiatif strategik lebih inklusif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 28
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memperkukuhkan agenda pendidikan nasional melalui pelbagai inisiatif strategik bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, antara yang sedang diusahakan termasuk Pelan Pendidikan Baharu 2026–2035 serta pelaksanaan agenda Reformasi Sekolah yang bersifat lebih inklusif dan berpaksikan keperluan masa depan.


"Pendidikan adalah hak setiap anak Malaysia dan usaha membangunkannya memerlukan kerjasama serta komitmen semua pihak secara bersungguh-sungguh," katanya menerusi kenyataan di Facebook sebagai mengulas Mesyuarat Jawatankuasa EXCO Pendidikan Negeri yang diadakan pada Isnin.


Menurut Fadhlina, beberapa isu dibangkitkan pada mesyuarat tersebut termasuk hasil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menunjukkan hasil yang semakin memberangsangkan.


"Program-program intervensi yang dilaksanakan di peringkat negeri ternyata telah membuahkan hasil. Keciciran SPM turut berjaya ditangani dengan baik. Kadar keciciran pada tahun 2024 adalah jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.


"Syabas semua! Semoga usaha yang baik di semua peringkat dapat diteruskan sekaligus menoktahkan keciciran," katanya.


Fadhlina sementara itu menyifatkan mesyuarat yang diadakan itu merupakan platform terbaik untuk menterjemahkan kebersamaan dan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.


"Ia adalah peluang untuk menyampaikan perkembangan terkini pendidikan negara, membincangkan isu-isu berbangkit di peringkat negeri dan mencari jalan penyelesaian


"Saya turut mengambil maklum semua pandangan dan sumbang saran yang dikemukakan dalam mesyuarat. Segala usaha untuk kebaikan sektor pendidikan harus disambut dengan positif," katanya.


Beliau turut menzahirkan harapan agar hubungan antara KPM dan kerajaan negeri akan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan mutu dan kecemerlangan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page