top of page

Agenda Madani: KDN laksana MEKAR, KBT tingkat keselamatan sosial

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1, 2023
  • 2 min read


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memantapkan pelaksanaan Agenda Malaysia Madani telah mewujudkan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) melalui Jabatan Pendaftaran Negara.


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program tersebut merupakan satu inisiatif prihatin JPN untuk memberikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan seperti masyarakat di pedalaman, warga emas, golongan kurang upaya (OKU) yang tiada keupayaan untuk datang ke pejabat-pejabat JPN.


"Pendekatan proaktif turun padang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat adalah sebagai contoh (bagaimana rakyat) menggunakan perkhidmatan bergerak JPN," katanya dalam Majlis Program KDN Madani di parlimen Bandar Tun Razak hari ini.


Mengenai penganugerahan kewarganegaraan yang menjadi pertikaian sesetengah pihak, Saifuddin berkata, penganugerahan tersebut kepada individu bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan atau diberi secara sewenang-wenangnya.


Katanya, kerajaan melalui KDN sentiasa komited untuk mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan secara adil dan saksama. Sehingga September 2023, sebanyak 9,539 permohonan telah dipertimbangkan


Agenda Madani seterusnya, kata Saifuddin, ialah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) bagi sukarelawan keselamatan komuniti.


"Pemberian GPPK ini akan memanfaatkan 2,000 Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan jumlah pemberian sebanyak RM10 ribu bagi setiap pertubuhan yang layak.


"Pemberian GPPK ini adalah bertujuan untuk memperkasa peranan pertubuhan dalam meningkatkan penglibatan dalam

pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti dan juga bagi persediaan menghadapi bencana.


"Sehingga September 2023, sebanyak 1,635 permohonan telah dipertimbangkan. Pada hari ini – Penyerahan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada 7 pertubuhan," katanya.


Tambah Saiffudin, tarikh akhir untuk permohonan GPPK juga telah dilanjutkan dari 30 September kepada 31 Oktober 2023.


Katanya, pelaksanaan program-program oleh pertubuhan berdaftar tersebut kepada komuniti secara tidak langsung akan mengeratkan perpaduan rakyat ke arah pembangunan Malaysia MADANI yang inklusif.


Selain itu, KDN juga memperkenalkan program Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) dadah.


Menurut beliau, sebanyak 155 zon telah dikenalpasti sebagai Kawasan Berisoko Tinggi dadah di seluruh negara. Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan oleh KDN melalui AADK untuk mengurangkan KBT dan di Kuala Lumpur terdapat lapan zon KBT serta salah satunya adalah Bandar Tun Razak.


"Alhamdullilah Bandar Tun Razak telah keluar daripada status berisiko tinggi merah dan pada tahap pertama (hijau).


"Walau bagaimanapun usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi mengekalkan status ini dan tidak kembali semula sebagai KBT," katanya.


Program KBT, jelas Saifuddin melibatkan institusi kekeluargaan dalam mencegah masalah penyalahgunaan dadah dan masyarakat mendapat manfaat daripadanya dalam melindungi ahli keluarga mereka.





Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page