Agamawan sertai KEADILAN suntik semangat baharu dalam parti - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan tokoh agamawan dalam parti KEADILAN.


Presiden KEADILAN itu berpendapat, kemasukan tenaga dakwah dan penggerak pemikir Islam mampu memberi pengisian baharu terhadap perjuangan parti.


"Agenda reformasi itu terasnya adalah islah. Keupayaan, kegigihan dan ikhtiar untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan sedaya upaya dalam semua bidang sama ada akhlak dan sahsiah dalam pentabdiran, ekonomi, politik dan sosial, itu harus ada dan menjadi inti paksi kefahaman dalam KEADILAN.


"Jadi amat positif bila ada suntikan penyertaan ulama dan agamawan kerana fahaman yang mereka bawa tentang Islam tapi pengisiannya boleh bawa kebaikan yang mendorong perubahan dan menolak kebobrokan, rasuah dan penyelewengan, ini suntikan mesti datang dari pencernaan hati nurani kita bukan retorik politik sahaja," katanya.


Pada masa sama, Anwar menganggap penyertaan itu sangat bermakna kerana mereka tidak membawa aliran Islam yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.


"Sementara mengangkat martabat orang Islam, pendekatan kita adalah dengan kasih sayang dengan menegakkan keadilan kepada semua. Kita tidak mengatakan bahawa mesti mengangkat ekonomi umat itu dengan meminggirkan orang lain.


"Dalam perlembagaan jelas menyebut bahawa kita boleh laksanakan hidup mengikut tatacara dalam Islam, jadi jangan jadikan itu sebagai instrumen untuk menekan lain

ini yang jadi kontroversinya.


"Dengan mengangkat martabat orang Islam, kita boleh adakan tapi pada masa sama keadilan terjamin bukan sahaja pada orang Islam tapi juga bukan Islam di negara kita kerana mereka adalah warganegara, punya hak dan kita perlu iktiraf hak mereka dan ditunjuk kasih sayang selain hormat menghormati," katanya.


Bagaimanapun Anwar menjelaskan, orang ramai tidak harus salah faham terhadap penyertaan tokoh agamawan dalam KEADILAN.


"Ada yang aneh mengapa muncul begitu ramai agamawan punyai pengalaman dan kelayakan hadir mulakan gerakan islah dalam KEADILAN?


"Walaupun KEADILAN ini dalam jalur politik, tapi gerakan mereka bukan untuk gerakan parti tapi adalah gerakan islah, bawa kebaikan dan tidak pertajamkan permusuhan antara parti atau kaum. Sebaliknya ia membawa mesej keadilan kepada semua.


"Penyertaan agamawan dengan pelbagai disiplin, universiti, fakulti Islam sangat membantu, ia suntikan kekuatan dengan semangat baru dalam KEADILAN. Mudah-mudahan ini permulaan ihya Ramadan yang juga bermakna," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER