top of page

‘Affandi calon berkualiti, diakui Muhyiddin’ - Adam Adli



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Adam Adli Abdul Halim optimis kualiti yang ada pada calon Barisan Nasional mampu memberi kelebihan besar kepada blok Perpaduan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.


Katanya, kualiti yang ada pada Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, bukan sahaja lebih tinggi berbanding Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Pas), malah diakui sendiri Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin yang sedia menyokong Affandi sekiranya beliau calon Pas.


"Sejak dua menjak ini, mereka (PN) mula bercakap perkara yang merisaukan walaupun MB (Dr Samsuri) bertanding (atas tiket PN) namun Muhyiddin, mengharapkan Affandi calon daripada Pas.


"Ia menunjukkan MB Terengganu itu tidak cukup baik untuk PRK Kemaman," katanya menerusi Ceramah Mega MADANI PRK Kemaman, malam tadi.


Dalam pada itu, bagi menyelusuri kemenangan, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menyifatkan semangat yang ada pada calon nombor satu tersebut perlu dijadikan contoh biarpun berdepan cabaran bagi menembusi kerusi kubu kuat Pas itu.


"Tengahari tadi, saya ikut serta berkempen beramah mesra dengan penduduk dan dimaklumkan calon sudah dua kali ke kawasan tersebut.


"Kali pertama beliau hadir untuk bertegur sapa (penduduk). Kali kedua, beliau minta confirmation (undi). Ini lah calon kita.


"Walaupun berhadapan dengan negeri yang menang semua kerusi DUN dan calon mereka ialah MB sendiri tetapi semangat yang ada pada beliau (BN) adalah satu kekuatan yang patut kita contohi," ujarnya lagi.


Justeru melalui sokongan jentera AMK, Adam yakin pengundi Kemaman mampu mencipta sejarah, memberi kemenangan kepada blok Perpaduan.


"AMK Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Melaka semua hadir bagi sokongan kepada calon kita, pastikan setia kawan ini adalah dimensi dan Kemaman mendapat manfaatnya (kemenangan).


"Oleh itu, Kemaman perlu menjadi sebuah medan untuk mengukuhkan kekuatan dan memakmurkan negara," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page