
ADUN Tiram, S Gopalakrishnan baru-baru ini mengagihkan sumbangan sayur-sayuran kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menurut beliau, pasukan KEADILAN turun ke Kota Masai bagi memberi sumbangan kepada 60 keluarga di Jalan Tembikai dan Rambai.
"Bukan sahaja edar sumbangan tetapi juga menyantuni dan mendengar keluh kesah mereka mengenai isu-isu setempat.
"Ada keluarga yang susah, ada yang sederhana, kita dapat memahami masalah mereka dan ada pula yang hilang kerja. Kita juga melihat kesulitan yang dihadapi ibu tunggal semasa PKP ini," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada saudara Rajendran, Pengerusi NGO Persatuan PARVAI yang turut serta dalam usaha tersebut.