Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George semalam melengkapkan jelajah Merdeka di DUN berkenaan dengan pelbagai aktiviti.
Menurut beliau, jelajah dimulakan di Taman Kupu-kupu Bukit Tinggi dengan senaman pagi serta dendangan lagu patriotik dan mengibarkan Jalur Gemilang.
Seterusnya, ke Taman Sentosa untuk merasmikan Gelanggang Futsal dengan Pertandingan Piala Merdeka Dr. Gunaraj George
"Sumbangan barangan asas juga diberikan kepada 65 keluarga sempena 65 tahun Merdeka. Termasuk pelbagai hadiah diberikan kepada yang hadir," katanya.
Jelajah Merdeka itu kemudian diteruskan di Taman Maznah
Di sana, Dr Gunaraj menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 50 keluarga.
Jelajah itu berakhir di Padang Taman Klang Jaya dengan pelbagai pertandingan untuk kanak-kanak dan penduduk di sekitar kawasan.
ความคิดเห็น