top of page

ADUN Rawang bimbang pusat khidmat diguna penipuan atas talian



Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat bimbang pusat khidmatnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan urusniaga penipuan atas talian.


Menurut Wei Kiat, beliau telah melakukan sidang media semalam untuk memaklumkan satu urusniaga meragukan melibatkan pembelian 5 buat laptop yang tidak pernah ditempahnya tetapi menggunakan alamat pusat khimat beliau serta cop rasmi ADUN.


"Kes ini berlaku sebelum Mac. Ada perbualan dengan akaun Yuki, nama (itu) di atas staf intent saya. Dia (scammer) pakai nama itu tetapi akaun dia lain, bukan akaun intent saya.


"Dia ambil sedikit gambar saya dan intent saya dalam program supaya nampak real. Lepas itu dia buat satu conversation dengan syarikat IT solution centre yang berhampiran dengan pusat khidmat saya.


"Dia bertanya sebutharga untuk komputer gaming. Komputer jenis itu memang mahal. Dia mahu RM3,500 satu laptop dengan tempahan 5 unit.


"Syarikat itu cari sebutharga, bila dah dapat RM17,495. Kemudian dia guna cop pejabat (tiruan) saya. Dia emel kepada orang ini dan dia balas dengan cop pusat khidmat saya. Dia buat cop tiruan.


"Emel yang dia pakai pun duplicate. Emel pusat khidmat saya, khidmatrawang@gmail, dia tiru, khidmatrawang.esport@gmail.com," katanya ketika ditemui dalam satu program sumbangan katil kepada seorang pesakit kanser di Kg Tanjung, Rawang, pagi ini.


Tambah Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu lagi, syarikat IT tersebut hanya sedar urusniaga itu meragukan apabila pihak scammer mengarahkan mereka menghantar laoptop yang dipesan menggunakan perkhidmatan Lalamove, sedangkan jarak dari pusat khidmat dan syarikat berkenaan kira kira 5 minit berjalan kaki.


"Jadi pihak peniaga ini syak sebab syarikat ini dengan pusat khidmat saya boleh berjalan kaki tak sampai 5 minit tetapi dia pelik kenapa nak guna Lalamove.


"Sebelum raya dia tanya ke pusat khidmat saya adakah buat tempahan 5 laptop ini? Ketika itu staf saya tanya, adakah saya akan buat gaming programe. Saya nafikan ada buat tempatan.


"Semalam saya buat sidang media sebab saya risau ada syarikat lain, sebab dalam conversation itu dia (scammer) ada kata dapat sebutharga syarikat lain juga. Jadi saya risau ada syarikat lain terlibat dan laporan polis pun kita sudah buat," katanya lagi.


Sehubungan itu, Wei Kiat menasihatkan orang awam agar berhati hati dengan penipuan atas talian.


Katanya, jika ADN seperti beliau pun boleh menjadi mangsa scammer, apatah lagi rakyat biasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page