top of page

ADUN PN jangan perlekeh rakyat Sabah, jaga hormat, keharmonian - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read
AMK Sabah menolak perbuatan pemimpin PN Kedah memperlekeh rakyat Sabah
AMK Sabah menolak perbuatan pemimpin PN Kedah memperlekeh rakyat Sabah

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menzahirkan rasa marah, kesal dan kecewa yang amat mendalam terhadap kenyataan biadab dan tidak beradab yang didakwa dibuat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dari Kedah, yang menyebut bahawa ‘Orang Sabah kempen dia bagi roti Gardenia ja’.


Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, kenyataan dangkal dan menghina itu bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat Sabah secara keseluruhannya, malah mencerminkan sikap angkuh, tidak berakhlak dan tiada rasa hormat terhadap rakyat di negeri berkenaan.


Beliau yang juga Exco AMK Malaysia membidas, ucapan seperti itu yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang wakil rakyat diamanahkan untuk menjaga keharmonian dan perpaduan nasional.


"Rakyat Sabah adalah sebahagian daripada keluarga besar Malaysia yang bermaruah, berpendidikan dan menyumbang besar terhadap kemajuan negara.


Mohd Nur Hilmie Milus
Mohd Nur Hilmie Milus

"Kenyataan sebegini memperkukuh stereotaip negatif serta berpotensi menimbulkan rasa terhina, marah dan terpinggir dalam kalangan masyarakat Sabah yang telah lama menunjukkan kesetiaan dan komitmen terhadap pembangunan negara.


"AMK Sabah mengingatkan setiap wakil rakyat bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar membangunkan ekonomi dan fizikal negeri, tetapi juga memupuk perpaduan, rasa hormat dan keharmonian antara wilayah serta kaum, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan nilai kemanusiaan dan saling menghargai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tegas Nur Hilmie lagi, pihaknya juga tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana bentuk penghinaan atau perlecehan terhadap rakyat di negeri itu.


"Kami menyeru seluruh anak muda Sabah untuk terus bersuara, bangkit dan mempertahankan maruah negeri ini daripada dijadikan bahan sindiran politik murahan oleh mana-mana pihak.


"Kami juga menyeru agar budaya politik matang dan beradab kembali menjadi asas dalam wacana nasional iaitu politik yang menyatukan, bukan menghina politik yang membina dan bukan memperlekehkannya.


"Cukuplah penghinaan terhadap rakyat Sabah. Kami rakyat Sabah berdiri teguh, bermaruah dan tidak akan tunduk kepada politik sempit yang memperkecilkan negeri kami," ujar beliau lagi.


Sebelum ini seorang ADUN PN Kedah berkata, orang Sabah tidak faham mengenai isu yang berlaku di Kedah seperti kenaikan cukai tanah tanah atau pintu yang ditimbulkan sesetengah ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.


Kata ADUN itu, "Orang Sabah tu kempen dia bagi roti Gardenia ja". Ungkapan itu jelas memperlekehkan pengetahuan rakyat Sabah berkenaan politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page