ADUN Machap Jaya, Ginie Lim membuat perkhidmatan penghantaran untuk warga emas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Masjid Tanah.
Beliau berkata, pihaknya bersedia membantu golongan warga emas yang perlu mengambil suntikan vaksin.
"Hari ini kami telah membawa uncle Man Ah Fatt yang ingin mengunakan perkhidmatan pengangkutan Pusat Khidmat DUN Machap Jaya untuk pergi menerima vaksinasi tersebut.
"Ini adalah suntikan yang pertama untuk Uncle Ah Fatt dan akan menerima suntikan yang kedua pada 02 Julai 2021.
"Diharapkan selepas menerima suntikan vaksinasi ini uncle Ah Fatt sentiasa berada dalam keadaan sihat," katanya.
Justeru, katanya, sesiapa terutamanya warga DUN Machap Jaya yang tiada pengangkutan boleh menggunakan perkhidmatan beliau.
"Anda boleh hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Machap Jaya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami. 011-11575327 (En. Sufian)," katanya.
תגובות