Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dan KDEB Waste membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan bagi mempersiapkan anak anak mereka kembali ke sekolah.
Menurut Halimey, bantuan dari KDEB bukanlah baharu, pada tahun tahun lalu syarikat berkaitan kerajaan itu juga membantu penduduk di kawasan berkenaan.
"KDEB sebelum ini di kawasan Seri Setia, waktu Covid mereka bantu kita sumbangan tablet. Kita mohon pada pihak KDEB kita beri ke anak anak kawasan DUN Seri Setia.
"Ada kawasan B40, terdapat sekeluarga 5 - 6 orang anak. Keadaan (ekonomi) semakin mendesak. Dengan cara ini, dapat perhatian dari KDEB meringankan sedikit bebanan (keluarga) bantu anak sekolah.
"Untuk bantuan sekolah, Ahad lepas kita edar sebagai gimik perasmian di Mydin. Kita edar 100 beg dan baucar. Maknanya kita selesai 100 orang. Selebihnya kita ada 800 orang yang kita akan pergi ke kawasan setiap minggu dan adakan penyampaian.
"Kita juga ada bantuan MBI yang beri sumbangan RM100 Back To School. Yang ini kita telah selesaikan," katanya dalam majlis penyerahan beg sekolah, semalam.
Dalam pada itu, Halimey mengambil kesempatan untuk menguar uarkan skim skim yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022.
Termasuk Skim Mesra Usia Emas, hadiah kelahiran anak Selangor juga subsidi lesen motorsikal bagi remaja Selangor.
"Anak remaja 18 hingga 30 tahun tak ada kerja, ada motor tak ada lesen. Kerajaan Negeri bantu melalui inisiatif roda darul ehsan (RiDE).
"Bantuan dapatkan lesen, kerajaan bayar subsidi daripada harga lesen tersebut. Ambil lesen dan kursus, boleh dapat kerja penghantar makanan yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selagor," katanya lagi.
Comments