top of page

ADUN Batu Uban tambah baik kemudahan pelajar SMK Bukit Gambir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 17, 2023
  • 1 min read


ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke 27 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir baru baru ini berpuas hati dengan kemudahan yang beliau bantu untuk para pelajar di sekolah itu.


Dalam ucapannya, beliau memberitahu perlunya ibu bapa memainkan peranan yang besar bagi bersama-sama meningkatkan prestasi anak-anak dan seterusnya memberi sumbangan serta komitmen dalam segala program-program yang dirancang oleh pihak PIBG dan sekolah.


"Sejak saya menjadi wakil rakyat di Kadun Batu Uban, saya telah memberikan beberapa sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan, peralatan dan mengadakan program pembangunan siasah bersama pelajar sekolah dan pihak polis.


"Sumbangan terbesar saya adalah membangkitkan isu keselamatan pelajar terutamanya lalu lintas.


"Saya telah menulis surat kepada pihak Jabatan Kerja Raya Timur Laut untuk membina lampu isyarat lintasan pejalan kaki (push button) di hadapan sekolah untuk kegunaan pelajar SMK Bukit Gambir dan SRK Bukit Gambir.


"Pembinaan tersebut telah dilaksanakan dan kini pelajar kita selamat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page