top of page

ADUN Batu Uban sumbang RM10 ribu bangunan tambahan SJKT

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26, 2024
  • 1 min read

ree

ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam menyampaikan sumbangan bantuan untuk membina bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Subramaniya Barathee.


Menurut Kumaresan, sumbangan tersebut diberikan pada hari sukan sekolah berkenaan yang diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang.


"Saya menghadiri dan merasmikan Hari Sukan SJKT Subramaniya Barathee kali ke-48 dan menyaksikan perarakan rumah sukan bertemakan 'Jiwa Merdeka'.


"Saya juga telah menyampaikan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada Datuk Suresh, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah untuk Kumpulan Wang Tambahan Bangunan mereka.


"Kapasiti dan permintaan terhadap sekolah telah meningkat menyebabkan sekolah memerlukan tambahan bilik darjah baharu," katanya dalam catatan di Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page