top of page

ADUN Batu Uban selesaikan masalah pembentungan Flat PDC Lebuh Nipah



Masalah pembentungan Flat PDC Lebuh Nipah, Pulau Pinang diselesaikan oleh Pejabat ADUN batu Uban pagi tadi dengan lawatan bersama Indah Water Konsortium (IWK), Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan wakil Pejabat Parlimen Bayan Baru.


Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, lanjutan perbincangan dan lawatan tapak itu, pihak IWK mendapati terdapat permasalahan paip pembetung persendirian yang mendap dan pecah di dalam kawasan pangsapuri PDC Lebuh Nipah 3


"Memandangkan ketiadaan JMB di blok-blok tersebut, maka suatu penyelesaian dan kata putus perlu dibuat bagi menyelesaikan isu pembetungan di situ. Buat masa sekarang Blok 10 merupakan blok yang terjejas teruk akibat aliran air kumbahan yang tersekat. Keadaan ini menyebabkan kesukaran penggunaan tandas dan limpahan air kumbahan menyebabkan bau busuk dan kerosakan sampingan di parit.


"Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara juga memaklumkan penyelenggaraan dan pembaikan paip pembetung persendirian seharusnya dilaksanakan oleh pihak pemilik, dan memohon pihak YB untuk membantu menyelesaikan perbelanjaan dan perlaksanaan. Pihak IWK boleh membantu dari segi teknikal," katanya.


Manakala wakil-wakil yang hadir, menurut Kumaresan lagi, akan cuba mencari dana bantuan bagi pembaikan jangka pendek memandangkan kerja pembaikan paip pembetung yang rosak tersebut akan melibatkan kos tinggi dan masa yang panjang seperti yang dianggarkan oleh pihak IWK.


Selain itu, katanya, pihak IWK memohon kerjasama semua pihak berkuasa tempatan dan bahagian perlesenan MBPP supaya dapat mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan premis makan di sekitar Lebuh Nipah yang masih membuang minyak secara terus kedalam sistem pembetungan awam dan tidak menyelenggaraan sistem perangkap minyak.


Pembuangan minyak secara berleluasa menjadi punca kekerapan sumbatan yang berlaku di saluran paip utama pembetung awam di Lebuh Nipah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page