ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam akan membantu penduduk di Flat Lebuh Nipah membina depoh sampah bagi memudahkan pengumpulan sampah domestik dan pemunggahan oleh operator kebersihan.
Beliau berkata demikian sewaktu meninjau kerja kerja pembaikan pembentungan baru-baru ini.
"Pemberian bantuan bakul makanan dan meninjau kerja-kerja membaiki paip pembetungan oleh Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di Flat Lebuh Nipah.
"Saya juga akan membantu penduduk di sini untuk membina depo sampah (garbage room) yang lebih teratur, bersih dan selamat. Anggaran kos RM17, 840," katanya.
Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pengerusi dan Setiausaha MPKK, Lip Sin, Pegawai Khas Ahi Parimen Bayan Baru, Cikgu Chan dan wakil penduduk.
Comments