
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Kumaresan Aramugam menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk menderma kepada adik Khayla Adha Mirza Imran yang menderita penyakit osteogenesis imperfecta (tulang rapuh) bagi mengumpulkan kos perubatannya berjumlah RM80,000.
Katanya, dana tersebut diperlukan Khayla untuk membiayai kos pembedahan di sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang.
"Saya kenal Khayla sejak beliau berusia tiga tahun dan dimaklumkan bahawa tulangnya sangat rapuh sehingga bolehpatah pada bila-bila masa. Penyakit ini adalah amat jarangberlaku di Malaysia.
"Sebelum ini, satu pembedahan memasukkan besi telahdijalankan terhadap beliau pada tahun 2020 di Hospital PulauPinang (HPP), namun pada tahun lepas ia terpaksadikeluarkan semula.
"Buat sementara waktu, saya memberikan kerusi roda kepadaadik Khayla (Adha Mirza) untuk memudahkannya bergerakdan melakukan urusan lain," katanya
Menurut Kumaresan lagi, beliau yakin dana pembedahan itu akan berjaya dikumpul dalam sedikit waktu.
Beliau juga akan menulis surat ke pusat perubatan yang akan melakukan pembedahan untuk mengurangkan kos rawatan
"Saya sendiri akan menulis kepada hospital berkaitan supaya mempertimbangkan pengurangan kos sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada keluarga ini kerana saya difahamkan bahawa RM80,000 adalah kos pembedahan, rawatan susulan juga memerlukan kos yang tinggi.
"Tambahan pula, ayah adik Khayla (Adha Mirza) yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus keselamatan telah kehilangan mata pencarian akibat pandemik, manakala ibunya pula seorang suri rumah yang hanya mengharapkan hasil jualan biskut serta makanan,’" jelasnya.
Khayla Adha Mirza hadir ditemani ibunya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, bapa, Imran Mohd. Yusoff, 43 dalam sidang media bersama Kumaresan baru baru ini.
Bagi individu yang ingin menghulurkan bantuan, boleh disalurkan ke akaun Maybank di nombor 157139798004 dan bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 011-3712 7515.
Comments