top of page

ADUN Bakar Arang maklumi masalah penduduk Kuala Muda



Pembangunan pesat di DUN Bakar Arang, Daerah Kuala Muda tidak lepas daripada pelbagai masalah yang dihadapi penduduknya.


Sehubungan itu, ADUN Bakar Arang, Adam Loh (gambar, tiga dari kanan) baru baru ini menghadiri Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Muda yang diadakan bersama pejabat daerah serta agensi kerajaan.


Menurut beliau, dalam mesyuarat tersebut dibangkitkan oleh wakil penduduk masalah lampu jalan yang tidak berfungsi dan kondisi jalan raya yang tidak memuaskan di kawasan Sungai Petani


"Saya juga mendapat maklum balas daripada pihak SADA (syarikat air Kedah) berkenaan isu tekanan air yang sering terganggu serta beberapa isu tempatan yang menjadi kebimbangan penduduk.


"Dimaklumkan juga kini terdapat satu stadium sedang dibina di kawasan berdekatan Taman Ria Jaya yang mempunyai kelengkapan untuk bola sepak dan lain lain sukan.


"Selain itu, padang yang mempunyai 8 lorong trek larian juga akan dibina berdekatan kawasan Puteri Jaya selepas kelulusan dari pihak Kementerian," katanya.


Menurut Adam Loh, bandar Sungai Petani kini sedang berkembang pesat biar pun negeri Kedah dikuasai pembangkang. Namun Kerajaan Persekutuan tetap menyalurkan pelbagai projek pembangunan.


Masalah lain yang dihadapi penduduk, katanya, adalah berkaitan kesesakan trafik dan kecurian kabel yang masih belum dapat diatasi oleh pihak berkuasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page