top of page

ADUN Bakar Arang lawat pembaikan longkang runtuh



Meskipun bukan bergelar ADUN Kerajaan Negeri, Adam Loh tetap melaksanakan tanggungjawab terbaik kepada penduduk yang diwakilinya.


Semalam beliau melawat projek pembaikan longkang runtuh di sebuah kawasan perumahan. Longkang tersebut diperbaiki segera oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani setelah Adam Loh menyampaikan keresahan penduduk.


"Kesejahteraan dan kebajikan penduduk khususnya di DUN Bakar Arang tetap menjadi perhatian dan keutamaan saya sejak hari pertama bergelar ADUN.


"Sebelum ini, penduduk di Taman Patani Jaya mengadu berkenaan isu longkang runtuh di kawasan tersebut.


"Hari ini, saya turun padang meninjau keadaan di lokasi dan mendapati bahawa longkang yang runtuh tersebut kini sedang dalam proses pembaikan," katanya.


Justeru beliau mengucapkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani yang cekap bertindak dalam isu pembaikan kerosakan kemudahan awam

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page