top of page

ADN Sentosa sumbang barangan keperluan kepada NGO Otai Reformasi 98

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 15, 2021
  • 1 min read



Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George (gambar, tiga dari kanan) baru-baru ini menyumbang barang-barang keperluan harian kepada NGO Otai Reformasi 1998.


Menurut kenyataan Pusat Pembangunan Komuniti (PKM) Sentosa, sumbangan itu juga sebagai menghargai pengorbanan aktivis-aktivis Otai Reformasi yang berjuang menegakkan perjuangan reformasi sejak dua dekad lalu.


"Sebanyak 50 paket barangan makanan asas disampaikan kepada wakil reformis yang hadir ke PKM DUN Sentosa. Mereka (Otai) akan membuat serahan kepada teman-teman reformis yang memerlukan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.


"Dr Gunaraj George juga memberikan cenderahati kepada semua reformis yang sudi hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa," kata kenyataan itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page