Ahli Dewan Negeri Selangor, Dr Gunaraj George bersama-sama Rotary Club Klang dan anggota KEADILAN Kota Raja baru-baru ini ke Pahang untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan pasca banjir fasa 2.
Menurut Dr Gunaraj, misi kali ini melibatkan 13 buah pacuan 4 roda dan 2 buah lori, dengan kekuatan sukarelawan seramai 30 orang.
"Bantuan telah diselaraskan oleh Saudara Vedi, Timbalan Ketua Cabang Termerloh. 100 buah keluarga yang terjejas teruk akibat bencana banjir di kawasan Lanchang, Mentakab dan juga Termeloh telah menerima bantuan pada misi kali ini.
"Bantuan berupa kelengkapan makanan, set dapur memasak, kelengkapan mandian, kelengkapan tidur, barang makanan asas dan juga kelengkapan diri serta pakaian.
"Semoga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat memberi lembaran baru kepada penerima dalam memulakan kehidupan baru selepas ditimpa satu musibah yang dahsyat sehingga memusnahkan banyak harta benda," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan para sukarelawan yang menjayakan misi tersebut juga kepada pihak polis dan Pusat Kawalan Operasi Banjir Termeloh yang telah memberikan kerjasama bagi memudahkan perjalanan operasi misi bantuan.
Comments