top of page

ADN Meru nasihatkan penerima bantuan Bingkas berbelanja secara berhemah



Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menasihatkan penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) agar berbelanja secara berhemah dengan mengutamakan keperluan.


Katanya, wang belanja bulanan RM300 yang dikreditkan melalui e-dompet Wavpay oleh Kerajaan Negeri harus digunakan sebaik mungkin kerana harga barang keperluan yang melambung ketika ini.


"Kerajaan Negeri beri bantuan ini bagi memudahkan rakyat susah beli barang keperluan, jadi jangan beli benda tidak perlu. Namun penerima mesti menghabiskan wang tersebut dalam tempoh sebulan kerana baki tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.


"Penerima juga perlu aktif menggunakan kad tersebut bagi mengelak risiko kad terbatal, apatah lagi ramai yang lebih memerlukan bantuan seumpama ini," katanya dipetik.


Beliau yang mengakui banyak menerima permohonan untuk mendapatkan bantuan RM3,600 setahun itu namun kuota bagi DUN terbabit hanya 506 keluarga.


Fakhrulrazi bagaimanapun berkata, beliau akan berusaha untuk meningkatkan jumlah kuota berkenaan memandangkan banyak keluarga yang memerlukan di kawasannya.


"Setakat ini rata-rata maklum balas penerima amat positif dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana membantu, cuma kita perlu melayan permohonan terdahulu yang gagal walaupun kita tahu mereka (pemohon baharu) juga susah.


"Memang banyak rayuan tetapi memandangkan kuota terhad maka kita terpaksa pilih individu paling layak dalam golongan berkaitan," katanya lagi.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page