Adik Ain terima ugutan rogol: Pihak berkuasa harus bertindak segera - Dr Wan Azizah


Daripada pendedahan di media sosial berkenaan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang mempersendakan undang-undang agar melakukan jenayah seksual ke atas gadis berumur 18 tahun, kini adik Ain Husniza Saiful Nizam, 17, yang berani bercakap benar pula menerima ugutan rogol.


Meneliti perkembangan membimbangkang itu, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggesa agar pihak berkuasa segera bertindak melindungi adik Ain daripada sebarang perlakuan jenayah ke atasnya.


Katanya, keberanian Ain yang mendedahkan perlakuan atau ungkapan guru berunsur lucah dan merbahaya itu mesti ditangani pihak berwajib tanpa berlengah.


"Saya menghargai keberanian adik Ain atas pendedahan ini, tetapi saya juga bimbang dan kebimbangan saya ternyata berasas apabila beliau kini dilaporkan menerima ugutan rogol daripada rakan lelaki sekelasnya pula.

"Maka isu ini memang serius dan saya mendesak supaya tindakan segera menyusuli," katanya.

Tambah Dr Wan Azizah, adik Ain yang masih dalam usia muda seharus diberi perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696).


Katanya, keselamatan diri pendedah maklumat tidak boleh dikompromikan dalam apa jua keadaan.


"Peristiwa ini hanya menekankan bahawa Parlimen perlu segera dibuka supaya Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dapat segera dibentang dan digubal menjadi Akta, buat rujukan bagi kes-kes sebegini di masa akan datang," kata Dr Wan Azizah lagi.


Kelmarin, tular di aplikasi tik tok pendedahan dari Ain Husniza bahawa guru lelaki di sekolahnya memberitahu murid bagaimana undang-undang melindungi wanita berumur 18 tahun ke bawah.


Kemudian guru itu didakwa berjenaka, ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’


Pendedahan pelajar itu menyebabkan beliau mendapat ugutan rogol dari rakan lelaki di sekolahnya, di Twitter.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER