top of page

Adam, Kamil kecam ucapan perlekeh peribadi pemimpin dalam musim pemilihan



Musim Pemilihan KEADILAN 2022 tidak seharusnya mengulangi ketegangan musim pemilihan 2018 yang menyaksikan parti berpecah apabila pemilihan berakhir.


Menurut calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Adam Adli dan calon Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim, tindakan seorang ahli KEADILAN baru baru ini yang menyerang peribadi ke atas salah seorang pemimpin tertinggi tidak sewajarnya berlaku.


Menurut mereka ucapan tersebut adalah melampau dan berunsur fitnah.


"Ucapan seperti itu dangkal, berundur fitnah dan jelas tidak menghormati martabat wanita apatah lagi seorang pemimpin utama parti. Ia adalah sebuah ucapan yang sama sekali tidak sepatutnya dituturkan di mana mana ruang pun, apatah lagi di hadapan khalayak umum


"Memandangkan ucapan tersebut didakwa sebagai sebuah ucapan yang dirakam ketika dalam tempoh awal menjelang Pemilihan, kami menganggap ianya sama sekali tidak mencerminkan semangat dan matlamat pemilihan yang bertujuan untuk memulihkan serta memperkukuhkan kembali parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang," kata mereka.


Justeru, kedua dua mereka mendesak agar individu yang tular dalam rakaman video berkenaan agar memohon maaf secara terbuka kepada pemimpin yang ditohmah mereka.


"Kami juga suka untuk mengingatkan kita semua untuk sentiasa menjaga keterbatasan tutur kata perilaku dan etika sepanjang proses pemilihan tahun ini


"Pemilihan ini tidak sepatutnya dijadikan medan untuk kita menonjolkan tawaran, idea, hujah dan keperibadian yang tidak baik sebagai bakal memimpin parti


"Jangan kita mendiamkan politik aib dan kotor sebegini. Ianya bukan budaya kita. Rakyat di luar sedang memerhati," kata mereka lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page