Adakah kita mahu Malaysia jadi Sri Lanka, terserah - Mat Sabu
- Redzuan Shamsudin
- Jul 2, 2022
- 3 min read

Malaysia sebuah negara yang kaya hasil bumi di rantau Asia, namun kekayaan itu bukanlah jaminan rakyat akan akan hidup yang selesa.
Hal itu dibuktikan di negara Afrika yang kadar rasuahnya tinggi, negara yang kaya hasil bumi berakhir sebagai negara gagal yang tidak mampu membangunkan ekonomi penduduknya dengan baik
Hal itu diungkapkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ucapan penggulungan pada Sidang Nadi Rakyat, tengah hari tadi.
"Setahun lebih mereka (BN - PN) ambil alih indeks rasuah naik ke tangga 62. Tahun ini kalau diukur kita dah sampai ke rangking 70 dan setaraf negara Afrika.
"Rasuah sedang menjadi jadi. Rakyat kita lihat kurang peka terhadap rasuah. Perbicaraan dua bekas Presiden Umno amat mengelirukan kita, dan menyebabkan kita hairan. Pendapatan berbilion tetapi rakyat di Bagan Datuk dan Pekan kais pagi makan pagi. Dia atas nama Melayu - Islam mereka berjaya memerangkap minda rakyat," katanya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kota Raja itu memuji rakyat yang bersuara lantang dalam Sidang Nadi Rakyat sesi pagi, cuma beliau melontarkan soalan, sekiranya Cina yang memerintah Malaysia adakah mereka akan bersetuju?
Persepsi itulah, katanya yang menyebabkan kaum Melayu diperkotak katikkan oleh Umno dan Pas memainkan retorik bangsa dan agama sehingga mereka melupakan isu rasuah yang sedang membinasakan negara.
"Tadi banyak bercakap soal tak puas hati. Tetapi bagaimana kalau Cina yang memerintah? Persepsi mengatasi hujah. Ini yang berlaku dalam masyarakat Melayu sekarang ini.
"Persepsi takutkan DAP, Cina sedang bermaharaja lela dan ini bukan senang untuk dibuang.
"Kita menuju ke arah Sri Lanka. Demografinya lebih kurang sama, Bumiputeranya Sinhalese, pembangkangnya Tamil, minioriti Islam, Kristian. Rajapaksa (Presiden Sri Lanka) ke tak paksa, Bumiputera buat apa pun kena sokong. Rasuah dan jaga rakan rakan.
"Tak cukup duit hutang, sehinggalah Sri Lanka tak mampu bayar hutang, sehingga Sri Lanka bangkrap. Adakah anda mahu Malaysia jadi Sri Lanka? Terserah kepada saudara semua," kata Mat Sabu mengakhiri ucapan secara mengejut dan turun pentas. Gimik tersebut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memberikan penggulungan beliau mengenai pengangkutan awam yang mana beliau pernah menjadi Menteri Pengangkutan selama 22 bulan.
Katanya, punca kos sara hidup tidak berjaya ditangani adalah kerana kerajaan tidak mahu pengangkutan awam diberi lebih banyak subsidi bagi menyediakan lebih banyak tunai di tangan rakyat.
"Beza Menteri Pengangkutan sekarang dengan Menteri Pengangkutan PH ialah kita bukan sahaja mendengar tetapi turun untuk merasai sendiri pengangkutan awam.
"Bila saya jadi Menteri Pengangkutan saya turun ke MRT, LRT tanpa beritahu kepada pegawai, Prasarana. Saya tengok keadaan kaunter tiket, tangga bergerak, koc.
"Itu yang kita guna pendekatan turun ke rakyat dan cuba faham apa keadaan sebenarnya.
"Isu pengangkutan ini isu kos sara hidup. Sebab pengangkutan 20% dari perbelanjaan kita dan kita telah kaji dalam Majlis Kos Sara Hidup. Kalau kita dapat turunkan kos pengangkutan maka boleh turunkan kos sara hidup," katanya.
Kerajaan PH ketika itu mudah untuk merangka dasar kerana Majlis Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah bermesyuarat pada waktu diperlukan.
"Setiap bulan kita bermesyuarat di bawah Majlis Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan PM, Dr Wan Azizah. Sekarang majlis ini tidak berfungsi kerana tiada Timbalan PM.
"Struktur dalam kerajaan waktu ini tidak berfungsi. Dalam PH kita ada struktur yang jelas TPM mempengerusi majlis dan beberapa jawatankuasa yang lain. Semua menteri hadir, semua kementerian berikan penghormatan apa yang diputuskan dalam majlis dibawa ke kabinet untuk endors
"Dalam 6 bulan kita ambil alih, kita perkenal pas pengangkutan buat semua pengangkutan awam. Inisiatif kedua kita beri diskaun 60% kepada pengguna komuter," katanya lagi.
namun smeua kebaikan itu, kata Anthony dilupakan rakyat dengan naratif Cina DAP yang dimainkan oleh Umno dan Pas ketika itu. Akhirnya rakyat mendapat kerajaan yang jauh lebih buruk pada waktu ini.
Comments