Pertahan Mahiaddin: Adakah Peguam Negara nasihat kerajaan usul Undi Percaya di Parlimen?


Kenyataan Peguam Negara yang menjadi kontroversi bahawa pentadbiran Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin belum tumbang susulan penarikan sokongan Umno daripada Perikatan Nasional (PN) perlu dimuktamadkan dengan usul Undi Percaya pada sesi Parlimen 26 Julai ini.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kenyataan Peguam Negara “...Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat” tidak mempunyai jalan lain untuk dibuktikan selain undian di Dewan Rakyat.


"Peguam Negara tentu bersetuju dengan saya bahawa 'fakta jelas tersebut' boleh ditunjukkan jika diadakan prosiding Usul Undi Percaya terhadap PM


"Soalan saya kepada Peguam Negara selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan ialah, adakah Kerajaan akan membentangkan usul Undi Percaya terhadap PM di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang 26 Julai hingga 2 Ogos depan?


"Soalan seterusnya, jika kerajaan tidak ada cadangan untuk membentangkaan usul Undi Percaya itu, maka adakah kerajaan akan membenarkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang pula membawa usul Undi Tidak Percaya terhadap PM?" tanyanya.


Seterusnya, kata Hassan, Peguam Negara yang bijaksana juga telah mengungkapkan di dalam kenyataan beliau bahawa “....Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik”.


Bagi Hassan, kenyataan itu tepat merujuk Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengenai ketentuan keabsahan seseorang PM. Bagaimanapun Mahiaddin belum pernah melakukannya sejak beliau dilantik sebagai PM dan tidak pasti sama ada akan melakukannya selepas kedudukannya goyah.


"Itu adalah kedudukan undang-undang yang ada sekarang. Tetapi persoalannya bagaimana mungkin penentuan sokongan majoriti kepada PM dapat dilakukan jika usul Undi Percaya tidak diadakan di Dewan Rakyat?


"Adakah Peguam Negara pasti di dalam sidang Parlimen akan datang ini PM akan membentangkan usul Undi Percaya terhadapnya?" tanyanya.


Semalam Peguam Negara menegaskan kerajaan pimpinan PM Mahiaddin Yassin tidak tumbang kerana penarikan sokongan oleh Umno dibuat melalui ketua parti dan bukannya Ahli-ahli Parlimen yang menyokong PM.


Pelbagai pihak mengkritik tafsiran itu kerana terdapat duluan di mana Mahiaddin sendiri dilantik sebagai PM pada 1 Mac 2020 melalui surat ketua-ketua parti, dan bukannya Akuan Berkanun (SD) Ahli-ahli Parlimen.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER