top of page

Adakah balak keutamaan kerajaan PN Kedah? - Bekas Exco




Pengumuman Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbang pemberian konsesi balak gantian kepada syarikat-syarikat pembalakan amat membingungkan. Apatah lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) baharu sahaja mengambialih pentadbiran negeri pada 17 Mei lalu. Bagi bekas Exco Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah, Simon Ooi Tze Min, kenyataan pertama MB yang menyentuh isu balak, menimbulkan persepsi umum bahawa pembalakan adalah keutamaan Kerajaan Negeri sekarang. Lebih-lebih lagi, katanya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini membekukan pembalakan untuk memastikan hutan simpan dan kawasan tadahan air terpelihara. "Adakah balak perkara paling mendesak dan keutamaan berbanding banyak perkara lain berkaitan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat? "Semasa PH menerajui Kedah pada 2018 di bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kerajaan telah membeku dan membatalkan konsesi balak yang menjejas kawasan tadahan air serta melakukan pemeliharaan hutan simpan Ulu Muda. "Pelbagai usaha dilakukan untuk merancang pelan pembangunan lestari dan pemeliharaan kawasan hutan di Kedah bagi menjaga sumber air dan kepelbagaian biodiversiti flora fauna yang sedia ada," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurut ADUN Bakar Arang itu, Kerajaan Negeri PH walaupun kekurangan dana pemuliharaan hutan tetapi telah berusaha mendapatkan bantuan daripada United Nation Development Program (UNDP), World Wildlife Fund (WWF) dan Malaysia Nature Society (MNS) yang dibawa terlibat dengan agensi kerajaan bagi perlindungan alam sekitar, khususnya di Hutan Simpan Ulu Muda. Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menambah kawasan yang diwartakan sebagai tadahan air. "Kami juga telah menderaf undang-undang (enakmen) negeri yang baharu supaya lebih berkesan memelihara khazanah hutan dengan bantuan UNDP. Enakmen ini adalah enakmen Taman Negeri ataupun kawasan perlindungan (protected area). "Dalam perancangan sebelum kerajaan bertukar pada Mei 2020, draf pertama enakmen dijangka selesai pada Jun 2020 dan draf akhir pada bulan September untuk dibawa ke Sidang DUN. "Oleh itu, saya menggesa MB Kedah teruskan usaha PH memeliharaan hutan semula jadi dan merealisasikan enakmen Taman Negeri Kedah," ujar Naib Pengerusi KEADILAN Kedah itu lagi. Sebelum ini, MB Sanusi mendakwa Kerajaan Negeri akan menghadapi tuntutan saman kira-kira RM1 bilion sekiranya tidak memberi kawasan gantian kepada syarikat-syarikat yang diluluskan konsesi pembalakan oleh pentadbiran yang lalu. Sehubungan itu, bekas MB Mukhriz menafikan terdapat tuntutan seumpama itu sepanjang 2 tahun beliau mentadbir Kedah. Bekas perdana menteri Tun Mahathir pula dalam kenyataannya semalam, mencabar Sanusi membuktikan wujud saman daripada syarikat pembalakan sejumlah RM1 bilion tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page