top of page

Ada ruang tambahbaik tatakelola kewangan negara - PM



Usaha bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan dengan mengurangkan ketirisan dan pembaziran serta melaksana langkah konsolidasi fiskal akan terus dilakukan secara berperingkat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membina semula ruang fiskal disamping mengurangkan paras hutang dan liabiliti yang ditanggung kerajaan.


"Terdapat ruang untuk terus menambah baik strategi, tatakelola, dan kecekapan dalam pengurusan kewangan negara.


"Ini termasuk merangka strategi dan inisiatif bagi memantapkan lagi pengurusan hasil negara untuk memastikan kemampanan penjanaan hasil," kata Anwar melalui satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) pada Isnin.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu jawatankuasa itu telah meneliti unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kedudukan fiskal Kerajaan dan rangka kerja fiskal jangka sederhana untuk penyediaan Belanjawan 2024.


"Dengan jangkaan kelembapan ekonomi dan perdagangan global, Malaysia juga akan turut terkesan dengan pertumbuhan ekonomi negara dijangka menyederhana namun masih sejajar dengan unjuran Kerajaan sebanyak empat peratus hingga lima peratus untuk tahun ini," tambahnya sambil menjelaskan pertumbuhan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh permintaan dalam negeri seperti yang dicatatkan oleh pertumbuhan separuh pertama 2023 iaitu sebanyak 4.2 peratus.


Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan terus merangkul seluruh kekuatan dan tenaga bagi memastikan dan mempercepat pelaksanaan semua langkah yang digariskan di bawah Belanjawan 2023 serta rangka kerja Ekonomi MADANI.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page