top of page

Ada keperluan tubuh unit tangani isu 3R - Fahmi



Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil melihat ada keperluan untuk mewujudkan satu unit terselaras antara agensi penguatkuasa dan penyedia platform media sosial bagi menangani isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum).


Menurut Fahmi, satu keputusan dicapai bagi memastikan tidak ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik dengan menyalahgunakan isu berkaitan 3R sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.


"Kita tidak mahu ada bibit-bibit perpecahan akibat sentimen perkauman sempit menggunakan hujah yang dianggap sebagai keagamaan ekstrim atau memperlekeh, memperolok, hina dan hasut rakyat untuk tidak menghormati institusi raja," katanya dipetik.


Beliau turut memaklumkan perbincangan antara agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penyedia platform media sosial telah dilakukan bagi tujuan itu.

Sementara itu Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN menegaskan, walaupun negara mengangkat hak kebebasan bersuara, namun ia tidak memberi ruang terhadap kebebasan untuk memfitnah, melaga-lagakan rakyat, mengadu-domba dan memainkan isu 3R.


"... Saya berpandangan kita ada undang-undang sedia ada dan sudah pasti untuk menjaga keamanan untuk keselamatan awam, pihak berkuasa bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang wajar dan patut demi keamanan dan perpaduan dalam negara kita," katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai penahanan dan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Fahmi berkata perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua agar tidak memperlekeh institusi diraja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page