top of page

Ada individu dibayar cetus sentimen kaum - Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan, mendedahkan kewujudan individu yang didakwa sebagai ejen provokasi dan dibayar bagi mencetuskan sentimen kaum di negara ini.


Katanya, terdapat peningkatan provokasi yang disebarkan sejak kebelakangan ini, khususnya di media sosial dan di tempat awam sehingga mencetuskan ketegangan.


Beliau turut percaya, peningkatan provokasi perkauman ketika ini mungkin berkait dengan faktor politik menjelang pilihan raya.


"Apabila tiada isu lain yang boleh dimainkan, ada pihak cuba menggunakan sentimen perkauman sehingga mewujudkan ketegangan serta ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.


"Ini bukan (melibatkan) kumpulan besar, hanya beberapa individu. Kita akan tentukan siapa yang membayar mereka untuk melakukan provokasi ini," katanya dipetik.


Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia sementara itu menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi segelintir pihak yang cuba memecahbelahkan masyarakat.


Kerajaan tegasnya akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


"Jika ada isu, gunakan saluran yang betul seperti membuat laporan polis atau membawa perkara itu ke mahkamah.


"Jangan fikir lima atau enam individu boleh menggugat keharmonian 33 juta rakyat Malaysia. Kita tidak akan terperangkap dengan permainan seperti ini.


"Saya menyeru pihak polis mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira dia Melayu, Cina atau India. Kita semua dilindungi di bawah Perlembagaan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page