top of page

Ada berita baik untuk wartawan sempena HAWANA 2024 - Fahmi



Beberapa berita baik bagi pengamal media di negara ini bakal diumumkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang dijadual berlangsung selama tiga hari di Kuching, Sarawak bermula esok.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, berita baik itu akan diumumkan pada majlis kemuncak HAWANA 2024 yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.


"Nantikan, InshaAllah ada pengumuman baik," katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri hari ini.


Fahmi berkata persiapan sambutan HAWANA 2024 yang membuka tirainya esok berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


"Semua berjalan dengan baik. Perbezaan HAWANA pada tahun ini adalah kita ada jemput rakan-rakan media antarabangsa yang lebih ramai, termasuk enam organisasi media dari negara ASEAN," katanya dipetik.


Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, perhimpunan terbesar fraterniti media Malaysia itu turut disertai wakil media dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor Leste, Vietnam, China, Korea dan Qatar.


Pelbagai program dirangka antaranya Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa yang akan dirasmikan oleh Fahmi di Pustaka Negeri, Kuching esok, selain Pameran HAWANA 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre selama tiga hari juga bermula pada Sabtu.


Sebanyak 20 reruai pameran pelbagai agensi akan mempamerkan perkhidmatan mereka, selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.


Turut mengisi HAWANA 2024 adalah Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad dan akan dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Peserta HAWANA 2024 akan dibawa melawat lokasi ikonik di sekitar bandar raya itu antaranya Muzium Budaya Borneo, Jambatan Darul Hana, dan Dataran Ibu Pertiwi, menerusi program ‘Juh Raon’ atau ‘jom bersiar-siar’ dalam bahasa Melayu Sarawak, pada Ahad.


Pada Ahad para peserta sambutan HAWANA 2024 akan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihoskan Wan Junaidi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page