top of page

Abu Zahar beri penjelasan mengapa bela Azam Baki atau hilang kredibiliti - Fahmi



Tindakan 6 anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju terhadap pendirian Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang membela tindakan pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, amat mengejutkan.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Abu Zahar dengan itu perlu memberi penjelasan penuh mengapakah beliau membela Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam baki tanpa persetujuan panel penasihat lainnya.


"Kenyataan media dari enam anggota LPPR ini, yang menjauhkan diri mereka dari kenyataan Tan Sri Abu Zahar yang ‘membersihkan’ nama Tan Sri Azam Baki, sangat mengejutkan.


"Ia menimbulkan persoalan sama ada Abu Zahar telah membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu secara bersendirian?


"Abu Zahar kini tiada pilihan kecuali memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan perkara ini, atau meletakkan jawatan serta merta. Amat jelas beliau tiada lagi hak moral untuk menjadi pengerusi LPPR," katanya.


Tambah Fahmi, kenyataan terbaharu anggota LPPR itu juga menunjukkan satu bentuk 'undi tidak percaya' kepada Abu Zahar dan beliau telah ditunjukkan jalan keluar dari lembaga itu sekiranya gagal memberikan penjelasan munasabah.


"Kenyataan media enam ahli LPPR ini adalah satu tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar, dan adalah satu bentuk undi tidak percaya terhadap beliau.


"Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, ‘penjelasan’ Abu Zahar dan Azam Baki tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu," kata Fahmi lagi.


Hari ini, 6 anggota LPPR mengeluarkan kenyataan menyangkal pendirian yang dizahirkan pengerusi lembaga itu, Abu Zahar Ujang kelmarin. Mereka adalah Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Te and Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


Selain tidak bersetuju dengan tindakan Abu Zahar membersihkan nama Azam, mereka juga menyatakan telah memberi beberapa cadangan yang lebih relevan dalam menangani perkara berkenaan


Menurut mereka, dalam perbincangan bersama Abu Zahar, dicadangkan agar hal berkenaan dirujuk kepada satu jawatankuasa bebas; Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tentang rasuah atau panel Jawatankuasa Aduan SPRM.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page