top of page

ABIM sokong ketegasan PM Anwar lawan agenda Israel Raya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read

ree

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong penuh suara lantang dibawakan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (gambar) berkata, pihaknya sependapat dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kecaman semata-mata terhadap rejim Israel tidak akan mampu menghentikan kezaliman yang dilakukan.


"Serangan udara rejim Israel ke atas Doha merupakan pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Qatar serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.


"Tindakan ini adalah bukti nyata bahawa Israel sedang menggerakkan agenda Israel Raya yang mahu meluaskan pengaruh ketenteraan dan mencabul kedaulatan negara-negara serantau.


"Kecaman melalui kenyataan semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menangani krisis tersebut," katanya dalam kenyataan.


Perdana Menteri dalam ucapannya di Sidang Kemuncak itu mengecam sekeras-kerasnya serangan udara ke atas Doha dan dunia bertindak tegas mengenakan hukuman seberat-beratnya terhadap Israel.


Anwar turut membuat desakan supaya negara Arab-Islam putus hubungan dengan Israel

Sementara itu menurut Ahmad Fahmi, dunia antarabangsa mesti berani mencontohi Malaysia dengan mengambil langkah konkrit termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis.


Justeru pihaknya menggesa negara-negara Arab dan dunia Islam menarik balik sebarang bentuk normalisasi yang pernah dilakukan terhadap Israel.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page