top of page

ABIM seru umat Islam bangkit nyatakan solidariti kepada Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyeru rakyat, khususnya umat Islam di negara ini untuk terus bangkit menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Katanya, rakyat di negara ini perlu terus menyatakan pendirian bahawa 'enough is enough' terhadap kekejaman dilakukan rejim Zionis.


"Hari ini kita mempersoalkan tentang dunia Barat.. sejauh mana mereka mempersoalkan tentang hak asasi manusia dan demokrasi, tapi sebenarnya mereka yang melanggarnya.


"Jadi kita mahu supaya kembalikan semula hak kepada rakyat Palestin seperti kanak-kanak dan bayi untuk hidup dan membesar," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai Himpunan Mega Rakyat Malaysia Bangkit Free Palestin hari ini.


Acara Sempena Setahun Taufan Al-Aqsa itu berlangsung selepas solat Jumaat, bermula di Menara Tabung Haji, sebelum peserta berarak beramai-ramai menuju Kedutaan Amerika Syarikat (AS).


Menurut Ahmad Fahmi, sebagai rakyat Malaysia, beliau akan terus menyatakan pendirian dan solidariti demi pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel.


Untuk rekod, perang Israel - Palestin bermula pada 7 Oktober 2023 apabila pejuang Hamas menyusup masuk dan menyerang ke dalam wilayah Israel.


Perang sebenar bermula seminggu kemudian apabila tentera rejim mula menggempur Semenanjung Gaza untuk memburu pejuang Hamas. Sehingga kini perang tersebut telah mengorbankan kira kira 42,000 rakyat Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page