top of page

ABIM seru tolak keganasan ke atas atlet sukan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 8, 2024
  • 1 min read

ree

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melahirkan rasa terkejut dan sedih di atas kecederaan akibat serangan yang menimpa dua pemain bola sepak peringkat negeri dan kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.


Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, insiden menimpa Faisal yang disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara dan Akhyar yang menjadi mangsa samun serta pukul tidak seharusnya terjadi di negara seperti Malaysia.


"ABIM mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap mereka.


"ABIM menegaskan bahawa pemikiran yang menjurus kepada ekstremisme dan hooliganisme perlu dijauhkan daripada sukan di negara kita, kerana boleh membawa kepada perlakuan ganas dan jenayah.


"ABIM menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang melakukan serangan ke atas kedua-duanya," kata Zairudin dalam satu kenyataan.


Selain itu, beliau juga menyeru agar rakyat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dua kejadian tersebut dan memberi ruang kepada siasatan polis yang lebih terperinci dijalankan.


Zairudin turut menyarankan umat Islam untuk menunaikan solat hajat bagi memohon kesembuhan dan kesejahteraan Faisal Halim dan Akhyar.


"ABIM mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat saudara Faisal dan saudara Akhyar, selain menyeru rakyat Malaysia menjauhi gangsterisme, kebencian dan permusuhan," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page