top of page

Abim mohon campurtangan Agong kembalikan maruah PDRM


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam membersihkan nama baik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang didakwa 'diganggu' oleh unsur-unsur politik.


Menurut Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, kenyataan terbuka Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador baru-baru ini bahawa wujudnya campur tangan keterlaluan Menteri Dalam Negeri dalam urusan perjawatan PDRM merupakan sesuatu yang serius dan perlu diperbaiki segera.


"ABIM menekankan insiden yang berlaku seperti dinyatakan telah mencemarkan nama baik PDRM sebagai institusi utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang dan pasti boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pasukan itu termasuk keyakinan pelabur luar terhadap prinsip kedaulatan undang-undang negara serta kesan-kesan besar lain yang bersifat jangka panjang.


"Atas keperihatinan kita terhadap masa depan negara dan rakyat serta keutuhan kredibiliti PDRM, ABIM merafak sembah merayu jasa baik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan dalam isu ini demi mengangkat kembali maruah PDRM," katanya dalam satu kenyataan.


Pertubuhan Islam itu juga yakin hasrat yang sama turut dikongsi seluruh rakyat jelata yang meletakkan harapan yang tinggi kepada Agong sebagai Ketua Negara untuk mempertahankan maruah dan integriti PDRM.


"Abim sentiasa berpendirian mana-mana institusi penguatkuasaan undang-undang seharusnya bersifat neutral dan bebas daripada campur tangan politik agar institusi tersebut mampu menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) sepertimana yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page